Menulis resume kerja adalah antara perkara penting yang perlu diketahui oleh mereka yang sedang mencari kerja. Menulis resume memang seringkali dianggap mudah, namun tidak ramai yang mampu menghasilkan resume yang benar-benar berkualiti. Sebab itu masih banyak calon yang memohon kerja, tetapi langsung tidak dilayan kerana resume yang diberikan tidak dapat menarik perhatian.
Perkara Yang Perlu Ada Dalam Resume Permohonan Kerja
Kali ini, kami berminat untuk berkongsi panduan resume kerja dengan anda. Resume kerja yang berkualiti adalah penting bagi membolehkan anda melepasi saringan pertama permohonan kerja. Setelah itu barulah lebih tinggi peluang untuk anda dipanggil ke sesi temuduga.
Sebelum anda mula menulis resume kerja, pastikan anda ambil berat beberapa faktor terlebih dahulu.
Seterusnya kita lihat apa senarai maklumat yang perlu ada dalam resume kerja anda.
Anda perlu lebih menekankan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda mohon.
Antara maklumat yang diperlukan ialah:
- Nama
- Emel
- No telefon bimbit
- No kad pengenalan
Sebaik-baiknya anda bahagikan resume anda kepada dua bahagian seperti contoh di bawah. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang di dalam setiap perenggan. Ingat anda bukan mahu buat karangan, tetapI mahu menarik perhatian bagi membolehkan resume anda dipilih dan terus dibaca.
Resume anda seharusnya didatangkan sekali dengan surat permohonan kerja (cover letter). Jangan hanya menghantar resume kerja semata-mata. Anda perlu tahu bahawa ramai lagi calon lain yang turut memohon kerja yang anda mohon tersebut.
Surat permohonan kerja ini merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Jangan ulangi butiran yang sama yang sudah terdapat di dalam resume anda. Walaupun surat permohonan kerja ini ringkas, ia akan membantu merangsang bakal majikan anda untuk membuka dan membaca resume kerja anda.
Objektif surat permohonan kerja - anda perlu tahu objektif surat permohonan kerja anda. Kaji dahulu jawatan yang ingin dipohon dan latar belakang syarikat terlebih dahulu. Objektif surat permohonan kerja yang tepat mampu membantu resume anda dipilih untuk dibaca.
Dalam menulis resume, pastikan anda memasukkan maklumat yang lengkap dan tepat. Jangan memasukkan maklumat yang tidak tepat seperti menambah kemahiran dan pengalaman yang anda tiada. Kelak ianya akan menyusahkan diri and ajika diketahui oleh bakal majikan.
Gunakan sebaiknya perkongsian kami berkenaan panduan menulis resume kerja ini. Sebelum kami mengakhiri perkongsian kali ini, kami juga ingin berkongsi beberapa perkara yang kami rasakan penting bagi anda yang mengalami pengalaman diberhentikan kerja dan berhenti kerja.
Tidak kisahlah sama ada secara mandatori (Mutual/Mandatory Separation Scheme – MSS) atau sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) ataupun anda sendiri yang memilih untuk berhenti. Anda perlu menyiapkan kenyataan berhenti kerja (exit statement) bagi bakal majikan anda. Anda boleh menggunakan contoh di bawah sebagai exit statement anda:
“Since 2020 the x industry having a major setback due to drop in oil price worldwide. In order to be competitive and relevant to the industry, my ex company – YYYYYYY has gone major restructuring process. As the process is ongoing, this year it has affected my department and company significantly. I’ve been offered a very good VSS offer. In order to support my company direction and decision, I decide to accept the offer. Now I’m ready to offer my experience and knowledge to the industry and ready to looking for available opportunities.”
Exit statement ini penting untuk meyakinkan bakal majikan anda bahawa anda bukanlah seorang yang bermasalah kerana berhenti atau diberhentikan kerja. Secara tak langsung peluang anda untuk mendapat pekerjaan turut bertambah.
Kami berharap melalui panduan menulis resume kerja yang kami kongsikan ini dapat membantu anda menyiapkan resume kerja dengan sebaik mungkin. Selamat berjaya.

- Pastikan resume anda ringkas dan padat. Dua mukasurat sudah mencukupi
- Sediakan gambar terkini. Gambar anda pula mestilah dalam keadaan kemas, sopan dan formal.
- Sediakan emel dengan alamat emel yang agak formal. Sebagai contoh, mohd.namanda@gmail.com adalah lebih baik berbanding cool.long.tiger@gmail.com
Seterusnya kita lihat apa senarai maklumat yang perlu ada dalam resume kerja anda.
- Ringkasan pengalaman kerja anda berdasarkan posisi atau jawatan yang ingin anda minta. Sebagai contoh: 2 tahun pengalaman sebagai jurutera elektrik dan 3 tahun pengalaman sebagai jurutera projek.
Anda perlu lebih menekankan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda mohon.
Antara maklumat yang diperlukan ialah:
- Nama
- Emel
- No telefon bimbit
- No kad pengenalan
- Nama syarikat, pengalaman kerja dan jawatan - senaraikan nama syarikat, pengalaman kerja dan jawatan yang disandang menurut urutan yang terkini. Pengalaman kerja pula hendaklah dikongsikan secara ringkas dan padat.
- Pencapaian pendidikan - pencapaian pendidikan juga harus ditulis mengikut urutan terkini. Pencapaian pendidikan hanya perlu dikongsikan setakat dua lapisan sahaja. Sebagai contoh, hanya nyatakan purata nilai gred kumulatif di universiti dan keputusan SPM sahaja. Jika anda adalah seorang pekerja yang sudah mempunyai pengalaman, hanya senaraikan satu lapisan pencapaian pendidikan anda sahaja.
- Kemahiran yang anda miliki - Lebih baik jika anda dapat senaraikan kemahiran yang berkaitan dengan bidang kerja dan juga pekerjaan yang anda mohon. Anda boleh senaraikan dalam bentuk bar peratusan setiap kemahiran yang anda miliki.
- Hobi - senaraikan sekurang-kurangmya dua hobi anda.
- Rujukan - senaraikan sekurang-kurangnya dua rujukan di dalam resume kerja anda. Pastikan anda dapatkan persetujuan mereka yang anda jadikan rujukan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya anda bahagikan resume anda kepada dua bahagian seperti contoh di bawah. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang di dalam setiap perenggan. Ingat anda bukan mahu buat karangan, tetapI mahu menarik perhatian bagi membolehkan resume anda dipilih dan terus dibaca.
Resume anda seharusnya didatangkan sekali dengan surat permohonan kerja (cover letter). Jangan hanya menghantar resume kerja semata-mata. Anda perlu tahu bahawa ramai lagi calon lain yang turut memohon kerja yang anda mohon tersebut.
Surat permohonan kerja ini merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Jangan ulangi butiran yang sama yang sudah terdapat di dalam resume anda. Walaupun surat permohonan kerja ini ringkas, ia akan membantu merangsang bakal majikan anda untuk membuka dan membaca resume kerja anda.
Objektif surat permohonan kerja - anda perlu tahu objektif surat permohonan kerja anda. Kaji dahulu jawatan yang ingin dipohon dan latar belakang syarikat terlebih dahulu. Objektif surat permohonan kerja yang tepat mampu membantu resume anda dipilih untuk dibaca.
- Contoh yang baik: Memohon posisi pembantu penyelaras kejuruteraan dalam bidang minyak dan gas.