Maklumat jawatan kosong terus notifikasi fon anda subscribe melalui link di bawah :



29 May 2020

Cari Kerja ? Baca Tips Cari Kerja Ni

Selepas penat belajar selama beberapa tahun dan menjalani konvokesyen, para graduan semestinya mahu dapatkan pekerjaan yang sesuai & mula menerima gaji setimpal dengan kemahiran & pengetahuan yang mereka miliki.

Namun tak semua graduan mempunyai peluang yang sama rata dalam kerjaya. Ada graduan yang gagal dapatkan pekerjaan dan menganggur sehingga beberapa tahun dan hilang minat untuk bekerja. Ianya satu kegagalan yang pastinya tidak mahu dialami oleh mana-mana graduan.

Jadi berikut ialah 5 Tips Untuk Cari Kerja Yang Graduan Sering Terlepas Pandang

#1 : RESUME LENGKAP

Pergi la ke syarikat mana sekalipun, perkara pertama yang mereka minta ialah resume. Resume ialah sehelai kertas yang menceritakan mengenai diri anda. Resume akan memberikan first impression kepada bakal majikan anda dan ianya adalah tapisan pertama yang dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum memanggil untuk temuduga.

Pastikan anda miliki resume yang lengkap dan menyatakan apa yang perlu diketahui oleh majikan sahaja. Anda boleh buat carian template resume yang sesuai dengan diri anda dan gunakannya. Ingat, resume mewakili diri anda untuk mendapatkan first impression yang bagus dari bakal majikan.

Laburkan sedikit wang untuk membeli template yang cantik atau upah orang pakar untuk buat resume terbaik anda.

#2 : BINA NETWORKING

Jika anda tiada networking, ianya sangat sukar untuk dapatkan pekerjaan. Anda perlu bina networking yang baik dan sesuai dengan kemahiran yang anda miliki. Pembinaan jaringan sosial yang paling mudah boleh dibuat melalui laman sosial Linkedin.

Dengan adanya networking yang betul, anda boleh berkenalan dengan staf professional yang bekerja dalam sektor yang anda minati. Contohnya jika anda mahu dapatkan pekerjaan dalam sektor Oil & gas, anda perlu ada connection dalam sektor itu juga.

Kerap berbual dengan mereka, atau berikan komen di setiap status mereka yang boleh menunjukkan kepakaran anda dalam bidang tersebut. Dari situ mereka akan mula mengenali anda dan mencadangkan nama anda kepada HR atau majikan ketika syarikat mencari pekerja baharu.

Networking yang betul akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang anda impikan. Linkedin ialah laman sosial yang paling sesuai untuk bina networking kerana terdapat pakar bidang dalam pelbagai sektor di sana. Anda hanya perlu buka akaun & mula bina networking anda sendiri di sana.

#3 : MEDIA SOSIAL

Akaun sosial media juga memainkan peranan penting untuk memastikan anda mudah mendapatkan kerja. Semua majikan pasti mahu pekerjanya memiliki budi pekerti yang baik dan media sosial bakal mempamerkan personaliti anda.

Jika anda gunakan media sosial untuk menghentam kerajaan atau melakukan suatu yang tidak berfaedah, majikan yang melihat akaun media sosial anda pasti tidak akan berminat dengan anda untuk dijadikan staf di syarikatnya. Kerajaan pun anda berani kutuk, maka anda pasti akan berani kutuk majikan anda nanti.

Jadi gunakan akaun media sosial anda untuk berikan impression yang bagus kepada bakal majikan anda. Anda juga letakkan maklumat diri di media sosial dan banyakkan sharing berkenaan ilmu yang anda ada. Itu akan menampakkan anda kelihatan sangat professional dan ianya sangat berguna untuk dapatkan pekerjaan.

#4: PLATFORM CARI KERJA

Anda boleh masuk ke dalam platform pencarian kerja yang terdapat di Malaysia seperti jobsmalaysia, maukerja dan yang paling popular ialah jobstreets. Anda boleh buka akaun di sana dan pastikan anda dapatkan notifikasi email berkenaan kerjaya yang sesuai dengan anda.

Setiap kali mereka hantar email, anda boleh mula apply kerja yang anda minati melalui platform tersebut. Setiap platform juga memberikan tips dan panduan untuk anda mudah diterima sebagai pekerja dan ianya sangat berguna sebagai persediaan tambahan anda.

#5 : JANGAN BERHENTI MENCARI

Kebanyakan graduan mati langkah untuk mencari pekerjaan selepas ditolak beberapa kali oleh pihak penemuduga. Namun adakah mereka mencari punca kegagalan tersebut? Atau mereka masih teruskan dengan ramuan kegagalan yang sama setiap kali menghadiri temuduga kerja?

Selepas anda gagal kali pertama untuk dapatkan kerja, anda perlu buat semakan semula. Cari punca anda gagal dan baiki bahagian tersebut. Jika resume anda kelihatan tidak meyakinkan, anda buat semula resume atau dapatkan khidmat pakar. Kemudian pergi cuba lagi di syarikat lain pula.

Jika gagal lagi, anda cari kelemahan dan baiki sehingga anda diterima bekerja. Jangan berhenti berusaha kerana rezeki anda pasti akan ada bila tiba masanya. Namun selepas anda buat keputusan untuk berhenti berusaha, maka rezeki anda juga terhenti di situ.

Kesimpulan

Selepas diterima bekerja, pastikan anda menjadi diri anda sendiri. Anda tidak perlu berlakon di depan majikan untuk dapatkan pujian atau hadiah dari mereka. Jadi diri anda sendiri dan pastikan bawa sikap positif sahaja semasa bekerja.

Bina personaliti dan dan jaga hubungan baik sesama rakan sekerja serta majikan kerana anda sudah menjadi keluarga baharu dalam syarikat tersebut. Jangan buat orang benci anda dan jangan berikan tanggapan buruk kepada majikan.

Teruskan bina networking di sosial media dan berusaha lebih keras untuk dapatkan kenaikan pangkat serta tangga gaji yang anda mahukan. Orang yang berusaha pasti akan dibalas dengan kejayaan.

Selamat maju jaya!