Maklumat jawatan kosong terus notifikasi fon anda subscribe melalui link di bawah :



21 May 2020

Program Protege - Graduan Perlu Ambil Peluang

Kebanyakan graduan mahu mendapatkan pekerjaan namun kebanyakan majikan mencari pekerja yang mempunyai pengalaman untuk bekerja. Peratus untuk fresh graduate mendapat kerja sangat adalah sangat rendah dan ini membuatkan platform PROTEGE dicipta.

Apa Itu PROTEGE & Kenapa Diwujudkan?

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa

Selepas program SL1M (skim latihan 1 malaysia), data menunjukan yang sebanyak 70% peserta  berjaya mendapat pekerjaan namun 30% bakinya masih belum mendapatkan pekerjaan yang mereka perlukan.

Jadi cara terbaik untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan ialah dengan melahirkan lebih ramai usahawan bertaraf global dalam program PROTEGE ini. Setiap graduan yang menyertai program akan diberi latihan khusus dari pakar industri untuk mempersiapkan diri dengan segala ilmu berkaitan industri.

Golongan sasaran untuk PROTEGE ialah lepasan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & PhD yang baru tamatkan pengajian dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi usahawan.

Syarat Kelayakan PROTEGE

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program PROTEGE, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan wajib menghadiri temuduga di tempat & masa yang ditetapkan nanti.

Anda juga perlu mempunyai kelayakan minimum iaitu Diploma untuk program Program RTW CSR dan Ijazah Sarjana Muda untuk RTW 1PP/PK 1.2. Anda juga perlulah seorang lepasan Institusi Pengajian Tinggi yang diikhtiraf di Malaysia atau luar negara.

Latihan Kebolehpasaran

Dalam program PROTEGE Ready To Work (RTW), anda akan diberikan latihan professional berkaitan pengenalan keusahawan dan modul insan bersama syarikat pelaksana untuk pengalaman bekerja.

Anda akan menerima latihan yang betul daripada syarikat pelaksana yang dilantik. Anda perlu bersama mereka untuk meneliti keperluan dan asas keusahawan dalam industri yang anda mahu ceburi.

Anda akan diberikan 2 jenis latihan iaitu soft skill training & juga on job training. Dalam soft skill training, anda akan didedahkan kepada 7 modul latihan merangkumi ;

a) Skill komunikasi & membina jaringan network
b) Cara berfikir yang kreatif & analitik
c) Professional berteraskan nilai
d) Kesesuaian organisasi
e) Grooming & etika kerja
f) Ilmu keusahawanan 101
g) Kelestarian persekitaran & impak sosial

Manakala dalam on job training, anda akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1000-RM2000 sebulan sepanjang program berjalan.

Kenapa Anda Sebagai Graduan Perlu Rebut Peluang Ini?

PROTEGE ialah program yang bagus untuk para graduan dan lepasan universiti kerana ianya boleh mengurangkan kadar pengangguran dan isu gaji tidak setaraf. Bukan itu sahaja, ianya juga melatih graduan supaya mampu mempunyai kerjaya sendiri dengan syarikat dan perniagaan milik sendiri.

Latihan yang disediakan dalam PROTEGE juga bukan latihan yang biasa dipelajari di Universiti. Ianya adalah latihan khusus untuk industri dan dijalankan bersama pakar serta syarikat peneraju industri.

Latihan yang diterima oleh mereka yang menyertai program ini adalah latihan sebenar untuk menghadapi situasi yang lebih mencabar selepas tamat latihan nanti.

Kesimpulan

PROTEGE ialah program yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu para graduan mendapatkan latihan & pengalaman pekerjaan yang disertakan dengan elaun bulanan.

Kadar peratusan pengangguran di Malaysia semakin tinggi bukan disebabkan graduan tidak layak menerima pekerjaan tetapi hanya kurang pengalaman bekerja. Jadi program PROGETE ini akan menyediakan bakal pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri.

Program ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh graduan dan majikan itu sendiri. Malah modul PROTEGE RTW juga dicipta khusus untuk menjadikan graduan lebih berdaya saing & mempunyai asas keusahawanan yang kukuh sebelum melangkah ke dunia sebenar.

Jika anda mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan, jangan buang masa. Cepat daftarkan diri & sertai program PROTEGE RTW untuk membina empayar perniagaan anda sendiri.

Jika anda berminat untuk mendaftar, anda boleh layari www.protege.my