Temuduga terbuka kebiasaannya dianjurkan oleh syarikat swasta dengan menghimpunkan calon-calon yang berminat dalam satu jangkamasa yang sama. Tetapi pihak kerajaan juga turut menganjurkan sesi temuduga terbuka dari semasa ke semasa. Melalui sesi temuduga terbuka, pihak syarikat akan menemuduga calon-calon-calon yang hadir di sesi tersebut secara serta-merta.
Temuduga terbuka memang sedikit berbeza dengan temuduga biasa, di mana pihak syarikat telah menjadualkan masa untuk anda hadir ke sesi temuduga. Temuduga terbuka ini lebih mencabar kerana lebih ramai calon-calon yang hadir ke sesi temuduga terbuka ini berbanding temuduga biasa. Malah masa yang diperuntukkan untuk setiap calon juga adalah lebih singkat berbanding dengan sesi temuduga biasa.
Walaubagaimanapun peluang masih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebiasaannya pihak syarikat memerlukan tenaga kerja yang ramai jika mereka mengadakan sesi temuduga terbuka ini. Bergantung kepada pihak syarikat, ada yang mengadakan sesi temuduga terbuka sebagai saringan untuk mencari calon pekerja yang layak untuk dipanggil ke peringkat temuduga seterusnya. Namun ada juga yang terus menawarkan pekerjaan semasa sesi temuduga terbuka tersebut. Semua ini bergantung kepada jawatan yang ditawarkan dan juga keputusan syarikat tersebut.
Panduan Hadir Temuduga Kerja Terbuka
Walaupun ianya adalah sesi temuduga terbuka, anda perlu mempersiapkan diri dengan sebaiknya agar peluang untuk diterima bekerja adalah lebih cerah. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah datang ke sesi temuduga, biarlah berjaya sampai dapat kerja.
Berikut adalah beberapa panduan hadir temuduga terbuka yang boleh anda ikuti:
1. Buat kajian ringkas mengenai syarikat yang mengadakan sesi temuduga terbuka dan jawatan yang ditawarkan – Sama seperti menghadiri mana-mana temuduga kerja, anda perlu membuat sedikit penyelidikan mengenai latar belakang syarikat dan juga jawatan yang bakal ditawarkan.
2. Sediakan dan bawa dokumen-dokumen penting semasa temuduga – Sediakan semua dokumen penting seperti resume, kad pengenalan, sijil dan transkrip pelajaran, kemahiran dan semua yang berkaitan. Sediakan semua dokumen ini di dalam satu fail berserta salinannya sekali. Sebagai cadangan buatlah lebih salinan dokumen-dokumen ini dan bagi setiap set kepilkan menjadi satu salinan supaya mudah untuk diserahkan kepada penemuduga. Jangan lupa bawa gambar bersaiz pssport yang terkini.
3· Sediakan alat tulis – bawa bersama alat tulis bersama anda ke sesi temuduga terbuka. Berkemungkinan anda perlu mengisi borang-borang tertentu yang disediakan oleh pihak syarikat. Sekiranya tak bersedia dan perlu meminjam pen dari calon temuduga yang lain, ini sedikit sebanyak memberi tanggapan yang kurang baik terhadap diri anda untuk panel penemuduga.
4· Penampilan yang sesuai – Bagi calon lelaki dan wanita, pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian untuk menghadiri temuduga. Pastikan anda menggayakan rambut dan pakaian anda dengan kemas dan menarik. Penampilan yang baik dapat memberi tanggapan yang baik terhadap diri anda. Kebiasannya anda perlu memakai pakaian bertemakan bisnes kasual. Walaubagaimanapun jika kurang pasti, pakai sahaja pakaian yang formal. Yang penting sila pakai kasut tertutup bagi lelaki dan juga perempuan.
5· Hadirlah lebih awal ke sesi temuduga – Rancang dengan sebaiknya perjalanan menghadiri temuduga. Pastikan lokasi temuduga tersebut. Rancang untuk menaiki kenderaan apa untuk hadir ke lokasi tersebut. Jika berkereta, mungkin anda mahu datang lebih awal bagi mengelakkan masalah tiada tempat untuk meletakkan kereta.
Lebih awal anda hadir ke sesi temuduga lebih baik buat anda. Anda dapat masa untuk bertenang dan tak perlu terburu-buru. Selain itu anda berpeluang membina kenalan baru dan berbual dengan penemuduga dan pihak syarikat. Anda juga tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk ditemuduga.
Sewaktu berbual dengan calon-calon temuduga yang lain, cukuplah sekadar bertanya khabar, nama dan berbual ringkas. Elakkan bertanya pengalaman kerja mereka sebelum ini kerana khuatir anda mungkin merasakan resndah diri dan tidak berkeyakinan pula selepas itu. Cukup sekadar bertegur sapa dan murahkan diri dengan senyuman.
Akhir kata, persiapkanlah juga minda anda dengan sebaiknya sebelum menghadiri sesi temuduga. Yakin dengan diri anda bahawa anda boleh menjawab semua soalan-soalan temuduga dengan baik. Selain itu mohon pada Allah dan mohon ibu, ayah dan pasangan anda mendoakan kejayaan anda.
Selamat berjaya