Untuk makluman, terdapat beberapa kekosongan jawatan yang dibuka untuk permohonan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bagi mereka yang berminat, sila lihat maklumat iklan jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan seperti di bawah
Berikut adalah merupakan kekosongan jawatan terkini oleh pihak majikan yang dibuka untuk permohonan:
1. KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA)
Syarat Kelayakan
Secara umumnya, untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti yang berikut:
• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
• Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
• Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan
Cara memohon
Tips |
+ Panduan Bagaimana Memohon Kerja Melalui
Email - baca disini
+ Baca Panduan Tulis Resume - baca disini |
Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan seperti berikut :
EKSESAIS PENGAMBILAN TERBUKA (WALK-IN) JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA) TAHUN 2024
Deskripsi : Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Tarikh:
29 April 2024
30 April 2024
2 Mei 2024
Masa: 7.15 pagi - 8.30pagi
Tempat: Mengikut jadual dilampirkan
Bagi calon yang layak wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui Telegram Unit Pengambilan PDRM menerusi pautan http://t.me/unitpengambilanpdrm
- Borang Ganti Rugi (1 salinan)
- Borang Maklumat Peribadi Calon (1 salinan)
- Borang Tapisan (4 salinan) tanpa gambar
Sekiranya calon tidak menepati syarat kelayakan akademik, calon tidak akan menjalani Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan Fizikal. Sila rujuk lampiran.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
Semoga berjaya.